Tun M berjaya jalani prosedur perubatan elektif — IJN


  • Primer
  • Ahad, 09 Jan 2022

TUN Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan sejak 16 Disember 2021. — The Star

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menjalani prosedur perubatan elektif dan kini dilaporkan semakin pulih.

Institut Jantung Negara (IJN) dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, prosedur yang dijalankan oleh sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Sabtu berjalan dengan lancar seperti dirancang.

"Beliau telah sedar dan bersemangat tinggi. Berdasarkan kepada perkembangan semasa klinikal, beliau dijangka dibenarkan keluar dari IJN dalam beberapa hari lagi.

"Mahathir dan isterinya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas segala ucapan selamat, keprihatinan dan doa daripada orang ramai," katanya pada Ahad.

Terdahulu, Mahathir dimasukkan ke IJN pada 16 Disember 2021 untuk menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian lanjut sebelum melalui prosedur berkenaan.

Berikutan prosedur operasi institusi itu, IJN memaklumkan pelawat tidak dibenarkan melawat Tun Dr Mahathir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Dr Mahathir, IJN, perubatan, prosedur elektif