Kesihatan Tun M jadi tanda tanya


  • Primer
  • Sabtu, 22 Jan 2022

MAHATHIR dimasukkan ke IJN buat kali pertama pada 16 Disember 2021 sebelum dimasukkan semula pada 7 Januari lalu.

KESIHATAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjadi tanda tanya selepas beliau dikatakan dimasukkan semula ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Malah pengamal media juga mula 'berkampung' di hadapan IJN pada Sabtu bagi mengikuti perkembangan kesihatan Ahli Parlimen Langkawi tersebut.

Difahamkan bahawa Mahathir kini menerima rawatan di unit rawatan koronari (CCU) institusi perubatan berkenaan.

Media turut difahamkan pihak IJN akan mengeluarkan kenyataan berhubung kesihatan Mahathir dalam masa terdekat.

Pada 16 Disember tahun lalu, Mahathir dimasukkan ke IJN buat kali pertama bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar hospital kira-kira seminggu kemudian.

Beliau bagaimanapun dimasukkan semula IJN untuk kali kedua pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif di hospital berkenaan. Beliau dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas.

Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu berusia 97 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram