Dr Mahathir dibenarkan keluar IJN


  • Primer
  • Khamis, 13 Jan 2022

IJN dalam kenyataan ringkas berkata, Dr Mahathir akan menjalani proses pemulihan seterusnya di rumah.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 3.45 petang Khamis selepas berjaya menjalani prosedur perubatan elektif.

IJN dalam kenyataan ringkas berkata, Dr Mahathir akan menjalani proses pemulihan seterusnya di rumah.

"Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan kesihatannya sejak seminggu yang lepas, apabila Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara," menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lepas bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Pada 16 Disember lepas, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar dari IJN pada pukul 11.39 pagi 23 Disember. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram