Tun M masuk IJN sekali lagi


  • Primer
  • Jumaat, 07 Jan 2022

TIADA pelawat dibenarkan menziarahi Mahathir di IJN.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Jumaat bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Kenyataan IJN memaklumkan, berdasarkan prosedur operasi standard semasa, tiada pelawat dibenarkan menziarahi Ahli Parlimen Langkawi itu.

Pada 16 Disember lepas, Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian lanjut.

Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar seminggu kemudian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram