Penjawat awam pukul wanita selepas berang tidak bertemu jodoh


  • 112
  • Khamis, 18 Nov 2021

TANGKAP layar kejadian wanita dipukul di dalam lif yang tular di media sosial. — Facebook

SEORANG penjawat awam bertindak memukul seorang wanita di kepala selepas berang kerana tidak bertemu jodoh seperti yang dijanjikan walaupun telah membayar wang sebanyak RM2,500.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa di Jalan 2, Chan Sow Lin, Cheras, Kuala Lumpur.

RAKAMAN CCTV insiden terbabit yang tular di media sosial.

Suspek sebelum itu telah membayar sejumlah wang untuk mencari calon jodoh di laman sesawang Matrimony tetapi tidak mendapat hasil dalam masa enam bulan.

Berang dengan apa yang berlaku, suspek kemudian telah ke pejabat mangsa serta bertindak memukulnya ketika berada di dalam lif.

Kesan pukulan itu telah menyebabkan mangsa mengalami pendarahan di kepala sebelum dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras Kuala Lumpur.

aaaaaaag

KECEDERAAN yang dialami wanita terbabit selepas dipukul penjawat awam di dalam lif. — Facebook

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya telah mengenal pasti penjawat awam yang terlibat dalam video tersebut.

"Suspek akan dipanggil untuk memberi keterangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan orang," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada.

Tambahnya, orang ramai juga diminta supaya tidak menularkan video yang boleh mendatangkan kegusaran awam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

112, Pukul, Jodoh, Agensi Cari Jodoh, Wanita, Polis, Cheras