SEORANG warga tua cedera selepas motosikal yang dinaikinya masuk ke dalam lubang longkang yang tidak bertutup di simpang Jalan Kota Kecil, Kota Tinggi pada pagi Rabu.
Lelaki itu difahamkan tidak sedar akan lubang tersebut berikutan air melimpah di atas jalan akibat longkang tersumbat.
Menerusi gambar yang dikongsi netizen di media sosial, lelaki itu mengalami pendarahan di bahagian muka manakala motosikalnya tersekat di dalam lubang tersebut.
Menurut info orang ramai, aduan mengenai longkang tersumbat sudah lama dilakukan namun tiada tindakan lanjut oleh pihak berkuasa.
Jalan itu kini sudah pun ditutup untuk kerja baik pulih longkang tersumbat setelah kejadian itu tular.
Netizen bagaimanapun mengecam pihak berkuasa kerana hanya mengambil tindakan setelah kecelakaan berlaku kepada orang awam.
Tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Majlis Daerah Kota Tinggi berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram