Bapa angkat tergamak pijak budak dua tahun sampai mati di Rompin


  • 112
  • Khamis, 18 Nov 2021

SUSPEK (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rompin, Pahang pada Khamis atas dakwaan membunuh anak angkatnya yang berusia dua tahun. — Facebook/Bicara Peluru Betunang Naga Tasik Chini

SEORANG lelaki akan didakwa di Mahkamah Majistret Rompin, Pahang pada Khamis atas tuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak berusia dua tahun.

Suspek warga tempatan berusia 31 tahun, ditahan pihak polis pada 11 November selepas dia membuat laporan polis di Balai Polis Rompin berhubung kematian mangsa.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritenden Mohd Azhari Mukhtar berkata, suspek yang dipercayai bapa angkat kepada kanak-kanak berkenaan sebelum itu membawa mangsa ke Hospital Rompin pada hari yang sama.

"Mangsa tiba di hospital dalam keadaan sedarkan diri, dia disahkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi.

"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan bertugas mendapati terdapat kesan kecederaan seperti lebam di belakang badan dan di bahagian perut," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya lagi, susulan hasil pemeriksaan itu pihaknya menahan suspek untuk membantu siasatan.

"Selepas disoal siasat, suspek mengaku telah memijak mangsa di bahagian perut sebanyak dua kali sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

"Suspek berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dan tidak rela kerana terpaksa menjaga mangsa," ujarnya.

Mohd Azhari turut memberitahu suspek didakwa d bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram