Mesir FA terpaksa upah dua 'bodyguard' untuk jaga Salah


  • Podium
  • Khamis, 18 Nov 2021

SALAH ketika membantu Mesir menewaskan Gabon 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 pada Selasa. — Agensi

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah diserbu penyokong pihak lawan yang ingin mendapatkan jersinya dalam aksi Mesir menentang Gabon pada Selasa lalu.

Perlawanan itu menyaksikan Egypt menang 2-1 ke atas Gabon dan mencatatkan rekod tanpa kalah dalam peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2022.

Menerusi perlawanan tersebut, Salah bermain selama 32 minit dan aksinya juga ditunggu oleh penyokong Gabon.

Ini bukan kali pertama kekecohan berlaku ketika perlawanan melibatkan Salah beraksi untuk Mesir.

Sebelum ini, perlawanan antara Mesir dan Angola juga terganggu selepas tiga penyokong masuk ke padang untuk berjumpa Salah.

Perlawanan antara Mesir dan Angola itu menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar seri 2-2.

Ekoran insiden itu, skuad bola sepak Mesir juga terpaksa mengupah dua orang pengawal peribadi untuk menjaga Salah bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Video Salah diiringi dua pengawal peribadi itu tular di Twitter sejak Rabu.

Malah, permintaan jersi yang disarung Salah bukan sahaja diminta oleh peminat, malah pemain Gabon juga dilihat cuba meminta jersinya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram