Calon BN tak faham soalan atau tak faham bahasa?


  • Tular
  • Isnin, 08 Nov 2021

HUI Ying ketika ditemuramah wartawan dalam video tular berkenaan.

SEJAK Ahad, tular satu video temu ramah calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Barisan Nasional (BN) kerana tidak pandai berbahasa kebangsaan.

Video tersebut menunjukkan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying ditemuramah oleh wartawan yang bertanya dalam Bahasa Melayu.

Beliau bagaimanapun menjawab soalan tersebut dengan menggunakan Bahasa Inggeris.

Sesekali, Hui Ying juga kelihatan terpinga-pinga apabila diajukan soalan dan terpaksa bertanya kepada orang di sekelilingnya maksud soalan yang ditanya dalam bahasa Cina.

Video tersebut mendapat kecaman pelbagai pihak yang mengutuk tindakan BN meletakkan calon yang bukan sahaja tidak pandai bertutur dalam bahasa kebangsaan, malah tidak memahaminya.

Ramai yang mempersoalkan bagaimana beliau mahu berkomunikasi dengan rakyat Melaka jika dipilih menjadi wakil rakyat kelak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

calon, prn melaka, bn, kesidang