'Serba salah terlanggar motosikal walaupun dah pasang lampu isyarat'


  • Tular
  • Sabtu, 30 Okt 2021

KEJADIAN dipercayai berlaku pada Jumaat (29 Oktober) kira-kira pukul 10 pagi di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan. — Facebook

SEBAGAI pemandu kereta, terlanggar penunggang motosikal merupakan kejadian yang sebolehnya mahu dielakkan.

Tambahan pula, apabila melalui jalan kampung dan berkongsi jalan dengan penunggang motosikal warga emas.

Satu kejadian seumpamanya berlaku dan dikongsi dalam laman sosial Facebook, DashCam Owners Malaysia oleh pemilik akaun Iqbal Benzainal.

Iqbal dalam hantaran itu berkongsi video rakaman kamera papan pemuka atau dashcam yang memaparkan insiden dia tidak sengaja terlanggar penunggang motosikal ketika mahu membelok ke simpang kecil di kiri jalan.

Berdasarkan rakaman itu, kejadian tersebut berlaku pada Jumaat (29 Oktober) kira-kira pukul 10 pagi di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Video berdurasi satu minit 21 saat itu memaparkan Iqbal yang sedang memandu telah memotong sebuah motosikal sebelum menyalakan lampu isyarat untuk membelok.

Tanpa disangka olehnya, ketika membelok di tanpa sengaja terlanggar penunggang motosikal berkenaan.

Di ruangan kapsyen Iqbal menulis, dia serba salah dengan kejadian itu walaupun penunggang motosikal berkenaan mengaku bahawa dia tidak perasaan lampu isyarat yang dinyalakan.

Hantaran berkenaan turut mendapat perhatian warganet yang memberikan lebih 580 reaksi dan lebih 300 komen.

Rata-rata netizen bercanggah pandangan tentang kejadian itu ada yang menyalahkan pemandu kereta kerana tidak peka tentang langkah-langkah sepatutnya sebelum membelok.

Bagaimanapun ada juga yang berpihak kepada Iqbal dan memuji sikapnya yang tenang berdepan situasi itu.

Iqbal juga ada memberikan beberapa penjelasan dalam ruangan komen dan katanya kejadian tersebut telah diselesaikan dengan cara baik.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram