Klopp kurang gembira bahasa badan pemain Liverpool


  • Podium
  • Ahad, 31 Okt 2021

JURGEN Klopp kurang gembira dengan bahasa badan yang diserlahkan pemainnya ketika gagal mempertahankan kelebihan dua gol untuk sekadar seri 2-2 dengan Brighton dalam aksi EPL pada Sabtu. — Agensi

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp nyata kurang gembira dengan bahasa badan yang diserlahkan pemainnya ketika gagal mempertahankan kelebihan dua gol untuk sekadar seri 2-2 dengan Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfiled pada Sabtu.

Jaringa Jordan Henderson dan Sadio Mane memastikan The Reds mendahului dua gol dalam tempoh 24 minit pertama, namun selepas itu pemainnya tidak melakukan perkara sama seperti yang dijelmakan ketika aksi menentang Manchester United minggu lalu.

Selepas jaringan kedua Mane dibatalkan, pemain Brighton, Enock Mwepu meledak gol pertamanya di EPL sebelum Leandro Trossard menyamakan kedudukan buat Brighton.

“Satu mata yang wajar buat Brighton kerana sebab yang berbeza. Ketika tahap terbaik, kami nyata terlalu bagus dan menunjukkan bagaimana untuk bermain menentang Brighton namun begitu juga sebaliknya.

“Cara terbaik untuk menentang Brighton adalah mengawal bola tetapi kami gagal melakukannya untuk tempoh yang lama. Kami memperlahankan permainan pada masa yang salah dan tidak cukup inisiatif.

“Di babak kedua, saya tidak gembira dengan bahasa badan beberapa pemain dan ia tidak membantu.

“Saya tidak mahu ambil apa-apa daripada Brighton dan saya hormati apa yang mereka lakukan. Tetapi hari ini kami gagal melakukan dengan lebih baik," jelas Klopp.

Satu lagi berita buruk buat Klopp pastinya adalah kekurangan pemain tengah, selepas kehilangan James Milner dan Fabinho, kini Naby Keita juga seperti akan berehat lama.

“Dia mengalami hamstring dan orang beritahu saya perkara sama. Saya tidak boleh katakan lebih lagi,” kata Klopp. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram