Pemandu bingung kena saman JPJ sebab tak pandu laju


  • Tular
  • Jumaat, 29 Okt 2021

PEMILIK kenderaan itu di saman mengikut seksyen seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — Facebook

SATU perkongsian surat saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di laman sosial, Facebook menarik perhatian warganet yang melihat ia sebagai sesuatu yang melucukan.

Dikongsi oleh pemilik akaun, Mohd Zuldz, surat saman itu dikeluarkan kerana pemilik kenderaan membawa kereta pada kelajuan 102km sejam iaitu di bawah had laju yang dibenarkan di lebuh raya (110km sejam).

Tulisnya, dia juga keliru dengan surat saman itu dan berpendapat bahawa kemungkinan dia perlu menambah kelajuan lagi 10km sejam bagi mengelakkan disaman.

"JPJ hantar surat saman sebab tak bawa kereta laju, kelajuan dibenarkan di lebuh raya 110km sejam.

"Kelajuan sebenar 102km sejam, apa yang perlu saya lakukan? Kena lajukan lagi 10km sejam untuk lepas had kelajuan yang dibenarkan," tulisnya.

Berdasarkan surat saman itu, pemilik kenderaan telah disaman mengikut seksyen seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu gagal mematuhi isyarat lalu lintas had laju yang ditetapkan 110km sejam.

Berdasarkan semakan dalam jadual kadar kompaun JPJ, seksyen itu menetapkan kadar saman berjumlah RM300.

Pemilik kenderaan jenis Toyota Alphard itu juga didapati melakukan kesalahan itu di KM 204.6 Lebuhraya Utara Selatan -Taiping, Perak pada 10 Oktober pukul 10.08 pagi.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut meninggalkan lebih 500 reaksi dan dikongsi semula lebih 600 kali.

Rata-rata mereka juga bingung dengan saman yang dikenakan kerana pada mereka aman akan dikenakan jika memandu melebihi had laju.

Ada juga di antara mereka yang melihat perkara itu sebagai jenaka dan menyatakan bahawa pemilik akaun perlu membawa kenderaan pada kadar kelajuan 110km sejam. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

JPJ, saman, lebuhraya, had laju, bingung