Detik cemas penunggang langgar polis di Kajang


  • Tular
  • Khamis, 28 Okt 2021

TANGKAP layar menunjukkan kejadian seorang penunggang motosikal terlanggar polis

SEORANG penunggang motosikal berdepan detik mencemaskan apabila terlanggar polis trafik bertugas.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Lebuhraya New Pantai Expressway di susur keluar USJ menghala ke Sunway Piramid pada jam 7.21 pagi Khamis.

Video kejadian dikongsikan Syah Mizie dalam group DashCam Owners Malaysia.

“Polis pun kau langgar? Hati-hati la di jalan raya, peka dengan keadaan sekeliling,” kata Syah Mizie menerusi kapsyen dimuatnaik.

Menerusi video yang tular di media sosial, penunggang malang itu terlebih dulu melintasi sebuah kereta sebelum menghimpit ke sebelah kanan untuk memasuki laluan utama.

Dalam video berduarasi 29 saat itu turut menunjukkan penunggang berkenaan menoleh ke belakang bagi melihat kenderaan di laluan utama.

Bagaimanapun, nasib seakan tidak berpihak kepadanya kerana tidak menyedari anggota bertugas turut menghentikan motosikal di laluan sama.

Kejadian itu menyaksikan pegawai bertugas rebah di jalan dan tidak dapat dipastikan tahap kecederaan yang mungkin dialami. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram