[VIDEO] Rumah orang tua-tua di Sulawesi terbakar, identiti 16 mangsa maut masih dikenal pasti


  • Benua
  • Isnin, 29 Dis 2025

Kebakaran itu mengorbankan 16 orang.

SERAMAI 16 penghuni rumah jagaan orang-orang tua di Sulawei Utara, Indonesia terkorban selepas premis didiami mereka terbakar pada Ahad.

Memetik laporan media Indonesia, kejadian itu yang berlaku sekitar 8.36 malam waktu tempatan di Rumah Orang-Orang Tua Damai, Kampung Ranomuut, daerah Paal Dua, Manado.

Ketika kejadian, sebanyak tiga jentera pihak bomba dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan api yang marak sebelum kebakaran dapat dikawal sepenuhnya sekitar 9.30 malam.

BACA LAGI: Bukit Kepong alami gegaran 3.4 magnitud, tiada amaran tsunami

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi ketika solat Maghrib, 7 maut masjid jadi sasaran letupan di Nigeria

Buat masa ini, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan mengenai punca berlakunya kebakaran tersebut.

Dilaporkan, anggota polis terus bergegas ke tempat kejadian untuk meletakkan halangan di lokasi bagi mengelakkan gangguan keselamatan.

Ketika ini, anggota polis sedang melakukan proses pengecaman mangsa yang terkorban di hospital sehingga identiti mereka dapat diketahui dan pihak keluarga diberitahu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram