JURULATIH skuad beregu Malaysia, Herry Iman menetapkan tiga kejohanan utama sebagai sasaran besar pemain negara untuk musim 2026.
Selepas menunjukkan peningkatan yang baik pada 2025, Herry tidak mahu berhenti di situ kerana dia ingin melihat anak-anak buahnya terus cemerlang meraih kejuaraan.
Oleh itu, dia mensasarkan tiga kejohanan utama sebagai sasaran terpenting skuad beregu negara pada tahun hadapan.
BACA LAGI: Akhirnya pecah badi jaringan, Wirtz masih rasa bahagia sejak debut bersama Liverpool
BACA LAGI: ‘Dia mahu ke Piala Dunia’, CEO TFC jelaskan punca pemergian Nurillo

Herry Iman
Herry menetapkan Kejohanan Dunia, Kejohanan Seluruh England (All-England) serta temasya Sukan Asia dengan dia melihat para pemainnya berada di sasaran tepat untuk menjadi juara.
"Saya berpendapat yang kami masih lagi di landasan tepat, tapi terdapat juga beberapa kegagalan yang berlaku seperti di Kejohanan Dunia, jadi kami sentiasa perlu belajar dan menilai semula prestasi.
"Kejohanan Dunia akan diadakan di India, dan itu adalah salah satu daripada sasaran utama kerana kami tidak dapat meraihnya tahun ini. Jadi pada 2026, fokus saya akan terarah kepada Kejohanan Dunia dan Kejohanan Seluruh England.
"Saya juga mahu para pemain Malaysia memenangi pingat emas di Sukan Asia," jelas Herry.
Sebagai rekod, persembahan pemain beregu negara seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta Man Wei Chong-Tee Kai Wun di dua kejohanan tersebut tahun ini tidak mencapai sasaran diharapkan.
Hal ini kerana, kedua-dua beregu itu tersingkir di suku akhir Kejohanan Dunia sebelum pulang awal semasa Kejohanan Seluruh England. — The Star/ADAM ZAMRI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
