[VIDEO] Bapa melutut harap kepulangan anak, hilang 3 hari akibat tanah runtuh di Sumatera


  • Benua
  • Rabu, 03 Dis 2025

Kata-kata diungkapkan lelaki terbabit cukup menyentuh hati kerana dia tidak berputus asa dalam mendoakan kesejahteraan anaknya.

KEJADIAN tanah runtuh akibat banjir yang melanda beberapa kawasan sekitar Sumatera, Indonesia sudah meragut lebih 600 nyawa sejak berlaku penghujung November lalu.

Selain itu, statistik dikeluarkan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) menganggarkan lebih 507 mangsa masih hilang dengan operasi mencari dan menyelamat sudah dilancarkan.

Tragedi tersebut sudah tentu meruntun hati keluarga yang masih mengharapkan keajaiban supaya orang yang tersayang dapat kembali dengan selamat.

BACA LAGI: Rakyat Malaysia hilang dalam kejadian tanah runtuh di Sumatera Barat

BACA LAGI: [VIDEO] Jeritan pemandu selamatkan orang ramai 'ditelan' tanah runtuh di Vietnam

Ini termasuk seorang bapa yang kehilangan anak perempuan dalam insiden tanah runtuh di Sibolga, Sumatera Utara dengan situasi itu menyentuh hati orang ramai.

Dalam video pendek dirakam penduduk setempat, lelaki berkenaan kelihatan melutut di kawasan tanah merah dengan wajahnya kelihatan begitu sugul.

Tubuhnya serta pakaiannya kelihatan kotor dengan tanah merah yang menunjukkan dia sudah berusaha mencari anaknya tanpa menggunakan jentera.

"Sudah tiga hari ini anak saya hilang. Anak perempuan saya, sudah tiga hari tidak nampak, tolonglah selamatkannya Tuhan," kata individu itu.

Jutaan penduduk terkesan akibat tragedi banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat. — Agensi

Keluhan berkenaan jelas menyentuh hati perakam video yang memujuknya untuk meninggalkan kawasan itu, namun tidak dapat mendesak kerana memahami situasi dialami.

Setakat ini, tidak dipastikan latar belakang bapa terbabit serta jumlah ahli keluarganya yang terkesan akibat bencana alam terbabit.

Berdasarkan laporan, kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda kawasan sekitar Sumatera Utara adalah disebabkan pembangunan pesat.

Ini termasuk pembalakan tidak terkawal yang mengakibatkan hakisan tanah di tebing sungai, sekali gus menjejaskan ekosistem di kawasan terkesan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram