[VIDEO] 'Jangan perlekehkan, bukan kali pertama saya buat macam ini', wanita kongsi dapat 'parking' selepas baca doa makan


  • Massa
  • Rabu, 03 Dis 2025

DALAM kehidupan seharian yang serba sibuk, urusan mencari tempat letak kereta sering menjadi cabaran tersendiri, terutama di kawasan yang sesak pada hujung minggu atau ketika musim cuti.

Ramai pengunjung sanggup berpusing berkali-kali, menunggu lama atau mencari ruang parkir yang jauh hanya untuk memastikan kenderaan mereka selamat dan mudah diakses.

Namun, bagi sesetengah individu, cara yang agak berbeza dan tidak disangka-sangka dengan membaca doa makan sebelum atau semasa mencari tempat letak kereta selalunya berhasil.

BACA LAGI: 'Tolong tanpa minta satu sen pun', rider 'tolak' motor rosak lebih 50km dari Kajang sampai ke rumah di Sungai Buloh

BACA LAGI:Jangan hanya teruja lihat harga murah, 5 tip elak terbeli kereta terpakai rosak banjir

Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, AsknieAlias, yang menceritakan pengalaman bersama suaminya semasa mencari ruang parkir di sebuah kawasan dengan memuat naik satu video.

Menurutnya, dia membaca doa makan sambil berpusing mencari parkir, dan sejurus itu, ruang kosong tiba-tiba muncul.

"Jangan perlekeh doa makan ya. Bukan pertama kali sis (saya) buat macam ini dapat parking.

"Cuma laki sis (suami saya) je mula-mula skeptikal. Ini semua Nasi Ayam Gepuk Kriuk punya pasal," tulisnya berseloroh.

 

 

 

Reaksi pengguna lain di ruangan komen turut menarik perhatian. Seorang engguna Thrads, linaa.nasir berkata dia selalu memaksa anak-anak membaca doa makan bersama-sama, walaupun anak-anaknya masih kecil.

“Paksa anak-anak baca sekali. Doa anak-anak tak ada hijab,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna warga maya, affiqahrazak, menceritakan anaknya sendiri tiba-tiba mengingatkan keluarga membaca doa ketika masuk ke kawasan parkir, dan hasilnya mereka terus mendapat ruang kosong.

"Masuk saja pagar parkir, tiba-tiba dia yang ‘ALLAHuma…’ dan ingatkan kita pula baca doa. Terus dapat parking," kongsinya.

Bagi pengguna Threads maaawaaa pula, suaminya yang pada awalnya ragu-ragu turut terkejut dengan keberkesanan doa makan tersebut.

"Pergi pusat beli-belah, masa itu memang penuh sebab hujung minggu. Saya pun baca la doa makan, dan selang dua minit terus dapat parking. Sejak tu, suami siap suruh saya baca doa makan bila cari parking," katanya.

Kisah itu membuktikan doa, walau untuk tujuan asal yang berbeza, tetap menjadi satu bentuk ikhtiar dan harapan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram