DUNIA maya khususnya di Indonesia digemparkan dengan pernikahan seorang usahawan perabot berjaya dari Desa Sinanggul, Kecamatan Mlonggo, Jepara, Jawa Tengah, Duriyanto, 61, dengan gadis berusia 19 tahun bernama Nabila.
Majlis pernikahan yang berlangsung meriah pada Rabu (12 November 2025), menarik perhatian ramai bukan sahaja kerana kemeriahan majlis, tetapi juga perbezaan usia kedua mempelai yang melebihi empat dekad atau 41 tahun.
Bagi mempersunting Nabila, yang dikatakan merupakan anak kepada rakan kerjanya, Duriyanto menghadiahkan mahar luar biasa berupa sebuah kereta baharu New Honda HR-V berwarna Shan Khaki (coklat muda).
BACA LAGI: [VIDEO] Letupan kuat di Buenos Aires, wanita hamil keracunan gas toksik antara 20 cedera parah
BACA LAGI: [VIDEO] Netizen China dah ramal tak kukuh, jambatan 758 meter runtuh lepas berbulan dibuka
“Untuk mempersunting Nabila, yang disebut-sebut merupakan anak dari rakan kerjanya, Duriyanto memberikan hadiah perkahwinan berupa satu unit kereta New Honda HR-V,” tulis akaun Instagram @pembasmi.kehaluan.reall pada Sabtu, 15 November 2025.
Majlis itu diadakan secara meriah dengan pengantin perempuan tampil anggun berbaju serba putih. Kereta HR-V baharu dipamerkan di atas trak tunda lengkap dengan hiasan perkahwinan yang menarik perhatian para tetamu dan penduduk setempat.
Selepas proses akad nikah, pasangan itu sempat bergambar sambil memegang sijil nikah sebagai kenangan hari bersejarah mereka.
Hadiah perkahwinan bernilai tinggi ini menarik perhatian ramai sehingga momen pernikahan mereka menjadi viral di media sosial.
Video dan foto prosesi akad nikah yang menampilkan kereta HR-V sebagai mahar turut dikongsi semula secara meluas oleh warganet, menjadikan perkahwinan ini topik hangat perbincangan.
Ramai netizen terpesona dengan kemewahan mahar serta keberanian mempelai lelaki yang jauh berusia daripada pasangannya.
Beberapa komen netizen juga mendakwa perkahwinan itu bukan berpaksikan wang semata-mata ekoran kedua-dua mempelai dilaporkan orang berada dan mewah.
Namun, sehingga kini, kedua-dua mempelai masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkahwinan mereka, menimbulkan rasa ingin tahu ramai mengenai kisah di sebalik majlis unik ini.
Perkahwinan Duriyanto dan Nabila sekali lagi membuktikan bahawa cinta dan pilihan hidup kadang-kadang datang dengan cara yang mengejutkan, namun tetap menjadi perhatian ramai di media sosial. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegra
