DUA penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato' Razali Ismail dekat Kuala Nerus, Terengganu ditemui lemas ketika bermandi-manda bersama rakan-rakan sekitar Sungai Pelong, Setiu pada Jumaat.
Menurut laporan Buletin TV3, kedua-dua mangsa yang berusia 19 tahun tersebut ketika itu sedang bersama-sama tiga rakan lain sebelum salah seorang daripadanya difahamkan tergelincir dan dibawa arus.
Penuntut yang meninggal dunia masing-masing dikenali sebagai Adam Arief Jazlansanadi dan Muhammad Hazmi Othman sementara mangsa terselamat merupakan Ahmad Adhan Ahmad, Muhammad Nor Afif Mohd Nor Affandi, dan Naufal Akil Belly@Mohd Shaffie.
BACA LAGI: [VIDEO] Akibat tergelincir, murid perempuan darjah 6 lemas semasa mandi lombong di Tangkak
BACA LAGI: [VIDEO] Keterangan meragukan, polis tahan ibu bapa 2 beradik lemas di Sungai Linggi
Difahamkan, kesemua daripadanya merupakan antara sebahagian daripada 24 penuntut IPG Kampus Dato’ Razali Ismail yang hadir ke lokasi berkenaan bagi program ‘Mentor Mentee’.
Ketika kejadian, kesemua mereka dikatakan sedang bermandi-manda di sungai sebelum insiden berkenaan berlaku.
Setakat ini, pihak IPG belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.
Dalam perkembangan lain, pihak bomba dari Balai Bomba Setiu telah menyerahkan dua mayat mangsa lemas kepada polis dan dibawa ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
