Gara-gara kerap tayang 'selfie', wanita Indonesia dipukul suami tua cemburu buta


  • Benua
  • Isnin, 10 Nov 2025

Mat Nasir (kiri) dikatakan memukul isterinya kerana cemburu buta. — Agensi

AKIBAT terlalu gemar mengambil swafoto dan menyiarkannya di media sosial, seorang wanita di Indonesia menjadi mangsa dipukul suaminya.

Seorang lelaki berusia 53 tahun dari Sumatera Selatan, ditahan pihak berkuasa selepas memukul isterinya akibat cemburu buta.

Keganasan domestik yang dilakukannya itu berlaku pada 30 Oktober di daerah Pemulutan Selatan.

BACA LAGI: ‘Comel adik’, Rizal Ghazali, isteri sambut kelahiran cahaya mata sulung

BACA LAGI: 'Acik' kantin dijulang jadi wira, sumbang usaha pastikan rekaan SMK Jugra muncul juara

man wife selfies facebook

Mat Nasir ditangkap sehari selepas memukul isterinya. — Agensi

Menurut pihak berkuasa, punca kejadian adalah kerana si suami berang dengan tindakan isteri yang suka menyiarkan swafoto di laman Facebook.

Semasa kejadian, mangsa dikenali sebagai Suryani, 51, sedang duduk di dalam biliknya sambil memegang telefon.

Suspek yang dikenali sebagai Mat Nasir, pergi ke arah Suryani dan mendesak mahukan telefonnya namun permintaan itu tidak dilayan.

Pertengkaran mula berlaku ketika lelaki terbabit merampas telefon daripada tangan Suryani.

Mat Nasir kemudiannya bertindak memukul Suryani hingga menyebabkan kesan lebam dan bengkak di mukanya.

Suryani ketika itu menjerit meminta tolong dan mujur ada jiran yang mendengar lalu pergi menyelamatkannya sebelum membawa dia ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Laporan polis kemudiannya dibuat oleh Suryani dengan pihak polis melakukan tindakan pantas menangkap Mat Nasir sehari kemudian di rumahnya.

Mat Nasir dikatakan memberi kerjasama baik kepada polis dengan siasatan sedang dijalankan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram