SEBUAH fenomena angkasa dilaporkan baru-baru ini selepas Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengesan sebuah objek yang bergerak menuju ke Sistem Solar.
Objek yang dikenal pasti tersebut hanya diberi gelaran 31/ATLAS bergerak dengan kelajuan luar biasa dan saiz dikatakan sebesar kota Manhattan, New York, Amerika Syarikat.
Penemuan terbabit amat mengejutkan kerana pakar astronomi mendapati ia mengeluarkan gas nickel tetracarbonyl yang sebelum ini hanya dihasilkan menerusi proses industri.
BACA LAGI: Tahun 2032 paling awal komet hentam bumi, NASA ramal peratusan kian menurun
BACA LAGI: Siapa sangka tangan hayun buaian mampu menggoncang dunia, ketabahan wanita NASA jadi inspirasi

3I/ATLAS dilaporkan sudah hampir memasuki orbit Bumi. — Agensi
Ciri-cirinya yang menghairankan serta komposisi kimia membuatkan saintis mula tertanya-tanya mengenai objek terbabit dengan huraian lebih kompleks dan mendalam diperlukan.
Malah, pergerakannya yang menghala ke Sistem Solar turut meraih perhatian pakar astronomi yang kini giat mencari maklumat lebih mendalami mengenainya.
Seorang ahli astrofizik dari Universiti Havard, Dr Avi Loeb yang terkenal dengan teori di luar jangkauan mengenai alam semestar berpandangan objek terbabit mungkin terhasil dari fenomena bukan semula jadi.
Jelasnya, jejak gas dikeluarkan 3I/ATLAS adalah menghala ke arah Matahari dan bukan sebaliknya selain berpandangan NASA belum mendedahkan maklumat terperinci kepada masyarakat.

Loeb menceritakan teori di sebalik objek tersebut yang mempunyai ciri-ciri di luar kebiasaan. — Agensi
"Setakat ini, kita tahu nickel tetracarbonyl dikeluarkan objek itu hanya boleh dihasilkan menerusi proses industri, ia belum pernah dikesan dalam mana-mana objek lain," katanya.
Malah, dalam perkongsian profesor berkenaan, dia memberi cadangan bahawa orang ramai mengambil cuti sebelum Rabu (29 Oktober) kerana tarikh itu ditetapkan bagi penyebaran maklumat terbaru mengenainya.
Ada juga menjangkakan tarikh itu merupakan tempoh di mana ia berkedudukan paling dekat dengan Bumi, namun tiada sebarang pengesahan dan teori kukuh dikeluarkan.
Setakat ini, NASA menegaskan bahawa 31/ATLAS tidak membawa sebarang ancaman terhadap Bumi dan akan melepasi laluan Solar Sistem secara selamat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
