Siapa sangka tangan hayun buaian mampu menggoncang dunia, ketabahan wanita NASA jadi inspirasi


Gambaran pemandangan keadaan di bulan bersama anggota NASA.

STIGMA masyarakat terhadap wanita perlu diubah kerana wanita juga memiliki pencapaian dan sumbangan besar terhadap negara.

Walaupun luaran nampak lemah lembut, namun kaum wanita berjaya membuat mata masyarakat terbuka dalam melihat kemampuan yang ada dalam diri mereka.

Tidak semua wanita mampu bekerja dengan agensi angkasa lepas yang terulung di dunia, ada beberapa wanita berjaya membuktikan bahawa kaum wanita turut mempunyai peluang untuk bekerja dalam pelbagai bidang termasuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA).

Berikut merupakan tiga wanita yang bekerja di NASA boleh dijadikan sebagai inspirasi dalam kehidupan seharian:

PHOTO DATE: February 21, 2020LOCATION: Bldg. 9NW - ISS Racks on FloorSUBJECT: International Women’s Day Photo Project - Laura Shaw.PHOTOGRAPHER: Josh Valcarcel

Laura yang memulakan kerjayanya sebagai seorang pelatih sebelum menjadi timbalan pengurus.

1) Laura Shaw

Laura Shaw merupakan timbalan pengurus untuk Pejabat Integrasi dan Operasi Misi program stesen dan bekerja dengan NASA selama 24 tahun. Dia memulakan kerjayanya sebagai seorang pelatih dan bekerja mengenai perkakasan sistem air di Kejuruteraan Johnsons.

Kerjasama Shaw dengan stesen angkasa memberinya peluang dalam memimpin, membangun dan melaksanakan usaha besar dalam menaik taraf sistem kitar semula untuk misi masa depan.

Shaw bertanggungjawab dalam merancang pelancaran dan pemulangan kargo, membangunkan kenderaan bekalan semula, memastikan semua bahan dan bekalan tersedia serta merancang kerja untuk anak kapal.

Selain itu, membangunkan kepakaran teknikal dan pengurusan sistem adalah penting untuk kejayaan dalam organisasi. Namun, menjaga hubungan dengan orang ramai juga penting. Shaw juga memilik ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan mekanikal di Purdue University, Indiana.

1598458253842

Kristi bekerja selama 23 tahun bersama NASA.

2) Kristi Duplichen

Seterusnya, Kristi Duplichen merupakan timbalan pengurus untuk Pejabat Integrasi Pengangkutan program stesen mendedikasikan 23 tahun kepada NASA. Dia memulakan kerjayanya sebagai kontraktor, menyertai Direktorat Jaminan Keselamatan dan Misi serta bekerja sebagai wakil pegawai kontrak selama dua di stesen angkasa utama.

Dia bertugas dalam memastikan kenderaan tiba dengan selamat, mengurus kos, jadual dan aktiviti teknikal dengan kerjasama pembekal komersial serta rakan kongsi antarabangsa. Saya berminat dalam matematik, sains dan angkasa sejak kecil tetapi menukar jurusan saya kepada fizik apabila saya pergi ke kolej.

Dia juga memiliki ijazah sarjana muda dalam fizik dari Texas Universiti, San Marcos dan ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan di University of Houston-Clear-Lake.

Date: 08-11-2022Location: Bldg 4 SouthSubject: Environmental Portraits of ISS Managers for 2023 ISS Calendar Project - Mary LawrencePhotographer: James Blair

Mary merupakan pegawai kawalan pernerbangan NASA.

3) Mary Lawrence

Mary Lawrence ialah pegawai kawalan penerbangan NASA dan Pakar Penggunaan Rangkaian Onboard Frekuensi Radio Komunikasi (CRONUS) yang bertanggungjawab untuk semua aspek operasi, teknikal dan kakitangan bagi operasi pengawal penerbangan arahan dan telemetri stesen.

Sehubungan itu, dia juga berusaha dalam mencari mentor dan sumber untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang peluang dalam kejuruteraan dan mencipta rangkaian sumber. Lawrence telah dipilih untuk mengetuai misi Ekspedisi 54 NASA, misi kargo, naik taraf perisian dan naik taraf bateri.

Mary memiliki ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan mekanikal dari Penn State University, Pennysylvania.

Oleh itu, kaum wanita merupakan golongan yang penting dan produktif untuk membangunkan keluarga, agama, bangsa dan negara.

Tambahan pula, kini, kaum wanita turut menceburi pelbagai bidang agar masyarakat tahu bahawa wanita juga perlu bekerja dalam meneruskan kehidupan seharian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

NASA, wanita, Laura, Kristi, Mary, bekerjaya