SEORANG lelaki dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu lalu selepas rokok elektronik miliknya meletup sehingga menyebabkan kecederaan serius di mulut dan dada ketika mangsa sedang memancing di Nong Bua Lamphu, Thailand.
Menurut laporan polis, lelaki berusia 47 tahun berkenaan turun ke muara sungai seorang diri selepas habis kerja sekitar pukul 6 pagi dan bersarapan di rumahnya.
Bagaimanapun, aktiviti itu bertukar tragedi selepas tubuhnya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa sekitar kira-kira tiga jam setelah keluar dari rumah.
BACA LAGI: [VIDEO] Demi keselesaan penumpang, pemandu tegas dan profesional tegur pakcik hisap rokok dalam bas
BACA LAGI: Terengganu haramkan jualan vape, rokok elektronik berkuat kuasa 1 Ogos

Serpihan rokok elektronik milik mangsa yang ditemukan di lokasi kejadian.
Laporan bedah siasat mendapati mangsa yang merupakan penduduk di perkampungan Na Kham Hai, mengalami kecederaan dengan serpihan besi turut ditemukan.
Selain itu, pihak forensik mengesahkan letupan itu menyebabkan kecederaan terhadap organ dalaman, termasuk terhadap paru-paru dan hati.
Ini merupakan kali pertama kes kematian melibatkan rokok elektronik berlaku di Thailand meskipun insiden sedemikian pernah dilaporkan di beberapa negara lain.
Kejadian dikatakan berpunca daripada bateri atau alatan itu sendiri yang sudah diubah suai, terutamanya melibatkan rokok elektronik yang dihasilkan di China.
Kematian lelaki tersebut sudah tentu memberi peringatan dan menjadi amaran buat masyarakat di Thailand supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan rokok elektronik.
"Tragedi ini sepatutnya membuka mata orang ramai. Bateri rokok elektronik bersaiz kecil tetapi boleh mengundang bahaya. Ia boleh meletup tanpa amaran," kata polis di daerah berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
