
SEORANG warga emas di Indonesia gagal menahan emosi selepas menerima bantuan, termasuk beberapa sabun buku kerana sudah lama terpaksa menggunakan pencuci pinggan ketika mandi.
Kisah menyentuh hati itu dikongsikan menerusi akaun TikTok Aneisha Bara menampilkan lelaki tua tersebut mengesat air mata ketika menerima beberapa barang bantuan berkenaan.
Jelas penjual belon itu, dia tidak pernah beli sabun mandi kerana harganya mencecah 4,000 rupiah (RM1.02) yang memaksanya untuk berbuat demikian.
BACA LAGI: [VIDEO] Pempengaruh warga emas China maut, pesawat ringan kemalangan masa buat 'live'
BACA LAGI: Selain bantuan RM600 sebulan, ada 2 lagi inisiatif bantu warga emas, masih ramai tak tahu
Selain itu, lelaki berkenaan jelas terharu ketika menerima dua tin makanan ringan dengan menyatakan ia dapat dinikmati, lebih-lebih lagi sebagai snek pada waktu malam.
Pemberi bantuan terbabit turut menghadiahkan dua helai baju t-shirt kepada warga tua tidak bernasib baik tersebut kerana kasihan melihat penampilannya yang menyentuh hati.
Perkongsian di laman TikTok itu membuatkan pengguna media sosial lain tersentuh hati sambil menyatakan simpati ke atas lelaki berkenaan yang jelas tersentuh akan bantuan berkenaan.
"Saya harapkan agar 'kakek' dapat berjaya sehingga dapat hidup di rumah yang lebih baik dan boleh mandi guna sabun buku, tidak perlu lagi gunakan pencuci pinggan," kata Emang Bowleh.
"Semoga terus kuat menjalani hidup sihat, semoga selalu dilindungi orang-orang baik. Sedih aku melihatnya, semoga terus semangat ya," kata Agatha Halleya.
"Harapnya terus sihat selalu ya 'kakek', semoga dikelilingi mereka yang baik. Datuk ini wajahnya seperti datuk saya sendiri, rindu pula rasanya," kata Ayu.
Selama ini, warga emas itu menjual belon perhiasan buat kanak-kanak di kaki jalan hanya menggunakan basikal.
Ini membuktikan lelaki tersebut tidak mahu membebankan mana-mana pihak meskipun hidup dalam keadaan susah dan tidak memiliki sumber pendapatan kukuh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram