[VIDEO] Wanita India 'berkeras' enggan bayar wang tambang bernilai RM17, tuduh pemandu e-hailing sengaja lewat


  • Benua
  • Isnin, 06 Okt 2025

Tangkap layar wanita itu enggan membayar tambang teksi kepada pemandu Uber itu.

SATU pertikaian antara seorang wanita dan pemandu e-hailing, Uber di India mengenai tambang teksi sebanyak Rs300 (kira-kira RM17) kini tular di media sosial selepas rakaman kejadian dimuat naik oleh pemandu berkenaan.

Menerusi video berdurasi beberapa minit itu, wanita tersebut dilihat enggan membayar tambang dengan alasan pemandu sengaja melambatkan perjalanan, meskipun kelewatan dikatakan berpunca daripada kesesakan lalu lintas.

Pertengkaran antara kedua-duanya turut disertai dialog tegang termasuk ketika pemandu menegur sikap wanita itu yang kemudian mengugut lelaki itu untuk mengadu kepada Uber.

BACA LAGI: [VIDEO] Greta Thunberg antara 70 aktivis dibebaskan, dihantar ke Athens pada Isnin

BACA LAGI: [VIDEO] Bagaikan ‘hujan meteor’, pertunjukan bunga api dron bertukar cemas di China

"Awak yang bersikap biadab. Jangan cakap dengan Uber, awak yang lari dengan duit saya. Awak yang lewat...cuma dua minit sebab trafik. Bukan salah saya," kata pemandu berkenaan.

Dalam rakaman berdurasi 37 saat berkenaan juga, wanita berkenaan mendakwa pemandu sengaja berhenti untuk bergaduh dengan pemandu bas lain, namun dakwaan itu disangkal.

Pemandu berkenaan jelas kecewa dengannya dan kemudian membalas dengan nada marah bahawa wanita berkenaan jelas tidak menghormati usaha pekerja perkhidmatan seperti dirinya.

Walaupun dimarahi, wanita tersebut dilihat terus berjalan masuk ke dalam bangunan tanpa membuat sebarang bayaran.

Rata-rata warganet di media sosial mengecam tindakan wanita berkenaan, dengan ramai yang menekankan betapa tidak adilnya mempersalahkan pemandu atas keadaan lalu lintas.

Insiden itu sekali lagi mencetus perdebatan dalam kalangan warganet tentang sikap layanan terhadap pekerja perkhidmatan dan keadilan sosial dalam masyarakat bandar India. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram