[VIDEO] Hanya mampu tersenyum, abang polis jadi ‘mangsa’ botol terbang peserta LTdL


  • Podium
  • Isnin, 06 Okt 2025

Tangkap layar memaparkan seorang anggota polis menjadi mangsa insiden 'botol terbang' ketika bertugas menjaga keselamatan peserta LTdL.

SAINGAN Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 yang berlangsung bermula 28 September dan berakhir Ahad menyajikan keseronokan dan keterujaan buat peminat sukan berbasikal dalam negara.

Selain itu, beberapa momen menarik turut sempat dikongsikan di media sosial dengan insiden kecil sebegitu pasti menarik lebih ramai penonton pada edisi-edisi akan datang.

Antara momen menarik yang mencuri tumpuan peminat sukan berbasikal ialah ketika seorang anggota polis lelaki yang ditugaskan menjaga keselamatan peserta LTdL tiba-tiba menjadi bualan ramai selepas mengalami insiden ‘botol terbang’ ketika menjalankan tugas.

BACA LAGI: Pecah rekod bekas arkitek Harimau Malaya, Arif Aiman kini penjaring lokal terbanyak JDT

BACA LAGI: [VIDEO] Ada masa Ramadhan Saifullah perlu tamak untuk cetak gol — Zaquan Adha

Walaupun situasi itu boleh menimbulkan kekecohan, reaksi tenang anggota polis tersebut menarik perhatian apabila dia tetap melaksanakan tugas sambil menjadi saksi momen lucu yang akhirnya menjadi tontonan peminat perlumbaan.

Rakaman video yang dikongsi oleh pengguna, @aam_aaaa di laman Tik Tok menunjukkan momen kelakar apabila anggota polis itu menjadi mangsa ‘botol terbang’ yang dipercayai dibaling oleh salah seorang peserta LTdL.

"Botol terbang, sabar sajalah abang polis ya, sekali-sekala kena baling," katanya.

Meskipun terkena objek tersebut, anggota polis itu tidak menunjukkan kemarahan.

Sebaliknya, dia hanya tersenyum sambil menyentuh wajahnya selepas terkena balingan botol itu.

Insiden mencuit hati itu berlaku di kawasan Kampung Parit Jerman, Pontian, Johor dan telah menarik perhatian warga maya yang memuji ketenangan anggota polis tersebut ketika menghadapi situasi tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram