[VIDEO] Tak bermoral, penduduk tergamak curi 'jalan' tak lama lepas siap diturap


  • Benua
  • Jumaat, 05 Sep 2025

Rakaman memaparkan beberapa penduduk di sebuah daerah sekitar India mencuri batu kerikil dan tar di jalan yang baru siap diturap.

TULAR sebuah kejadian di India memaparkan sekumpulan penduduk setempat bertindak merosakkan jalan yang baru siap diturap apabila mereka mengambil batu kerikil dan tar yang digunakan.

Video berdurasi kira-kira 13 saat itu yang dikongsikan menerusi pelbagai platform media sosial menunjukkan tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu, sekali gus hanya menyusahkan orang lain.

Rakaman tersebut menyaksikan tiga individu menggunakan cangkul untuk mengorek bahan digunakan untuk memperbaiki jalan di sebuah lorong dengan deretan rumah berhampiran.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dia YB sebenar', aksi uncle baiki jalan berseorangan cetus rasa malu buat pihak berkuasa

BACA LAGI: MBPJ turap jalan secara percuma, pemilik rumah tak perlu caj kontraktor luar

Tindakan merakam itu tidak menghalang pelaku daripada meneruskan kegiatannya, malah lelaki yang berada dalam video berkenaan mengarahkan agar mereka yang lain tidak mengendahkan rakaman terbabit.

Tidak dapat dipastikan di manakah lokasi sebenar kejadian kerana terdapat laporan mengatakan ia berlaku di Bihar sementara ada mendakwa ia terjadi di Chhattisgarh.

Bagaimanapun, situasi tersebut wajar dijadikan pengajaran agar orang ramai tidak berbuat demikian kerana kelakuan sebegitu hanya menyukarkan pengguna jalan raya lain selain membebankan kerajaan.

Ini kerana sikap mementingkan diri daripada semua individu terlibat hanya membawa pembaziran memandangkan peruntukan disalurkan pihak berkuasa setempat untuk membaiki laluan itu adalah bagi kegunaan ramai.

Keadaan itu membuatkan pengguna media sosial lain berasa berang dan kecewa memandangkan kegiatan mencuri batu kerikil dan tar bagi kegunaan peribadi menceritakan tahap sivik di negara Asia berkenaan.

"Jalan tar baharu memerlukan 24 ke 48 jam sebelum boleh digunakan untuk melintas dan tiga ke lima hari untuk dilalui kenderaan ringan. Mereka yang tidak bermoral ini boleh pula berbuat sedemikian?" tulis JIX5A.

"Jalan baharu pun boleh dirosakkan dan bahan digunakan dicuri untuk kegunaan sendiri? Masalah di India bukan sahaja berkaitan penyelewangan, tetapi isu sivik juga," kata MKS.

"Realiti yang amat memalukan. Cukai dibayar orang ramai hanya dibazirkan, kualiti dijamin kerajaan tetapi dirosakkan sesetengah pihak begini. Kita memerlukan solusi segera," kata No Negativity. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram