[VIDEO] Satu kampung bergelap, lelaki tergamak putuskan bekalan elektrik gara-gara kekasih enggan jawab panggilan


  • Benua
  • Jumaat, 05 Sep 2025

Tangkap layar lelaki itu memanjat tiang dengan membawa playar besar sebelum memotong kabel utama.

SEBUAH kampung menjadi gelap-gelita selepas seorang lelaki bertindak memanjat tiang elektrik dan memutuskan kabel bekalan kuasa hanya kerana berang panggilan telefonnya kepada pasangan tidak dijawab.

Insiden luar biasa itu dirakam dalam sebuah video yang kini tular di media sosial, memperlihatkan lelaki terbabit memanjat tiang dengan membawa playar besar sebelum memotong kabel utama.

Tindakan lelaki berkenaan menyebabkan seluruh kampung terputus bekalan elektrik serta-merta.

BACA LAGI: [VIDEO] Jualan piza sekitar Pentagon naik mendadak ketika perarakan tentera China

BACA LAGI: [VIDEO] Tak bermoral, penduduk tergamak curi 'jalan' tak lama lepas siap diturap

Menurut laporan, lelaki berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana gagal menyalurkan kemarahannya dengan cara lebih rasional, sebaliknya menjadikan penduduk kampung sebagai mangsa.

Walaupun video tersebut mencetuskan kejutan dalam kalangan netizen, kesahihannya masih belum dapat dipastikan, namun ia pantas mencuri perhatian dan mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Ada yang menyindir dan kurang juga menzahirkan rasa marah apabila penduduk kampung menjadi mangsa keadaan.

“Hanya kerana dia, satu kampung terpaksa bergelap," ujar seorang lagi pengguna.

"Dia kena berhenti tengok filem Bollywood," tulis seorang pengguna Instagram yang mengaitkan tindakannya dengan adegan filem.

Walaupun sesetengah pengguna melihat situasi itu dari sudut jenaka, terdapat juga yang bimbang akan risiko besar yang boleh berlaku termasuk kemungkinan terkena renjatan elektrik.

Video berkenaan terus berlegar di platform media sosial, menjadi topik hangat mengenai cara menangani konflik peribadi, implikasi emosi dalam hubungan, dan juga kesan serius daripada tindakan merosakkan kemudahan awam. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram