Pak Menteri menangis dengar luahan hati dan semangat guru Sekolah Rakyat mahu bantu pelajar miskin Indonesia


  • Benua
  • Jumaat, 01 Ogos 2025

Gus Ipul menyesat air mata yang gugur kerana mendengar luahan guru tersebut.

MENTERI Sosial Indonesia, Saifullah Yusuf atau turut sapa dengan panggilan Gus Ipul gagal menahan sebak ketika mendengar luahan seorang guru yang masih bersungguh-sungguh mengajar meskipun masih belum menerima surat pelantikan.

Perkara itu berlaku selepas warga pendidik berkenaan tampil ke hadapan dan menceritakan keazamannya untuk mengajar kanak-kanak kurang bernasib baik di sekolah rakyat.

Namun, di sebalik kesungguhan dipamerkan, guru terbabit rupanya masih belum menerima surat pelantikan yang tidak dijadikan alasan untuknya terus berkhidmat dan membantu pelajar.

BACA LAGI: [VIDEO] Sudah bermaafan, penjual teh ais rayu Presiden Prabowo tolak peletakan jawatan Gus Miftah

BACA LAGI: Anwar Ibrahim terima kunjungan hormat Prabowo di Perdana Putra

Luahan guru tersebut yang masih mengajar walaupun belum menerima surat pelantikan menyentuh hati ramai.

"Kami semua sedang berjuang supaya guru-guru dapat memperoleh hak masing-masing. Terima kasih, atas keteguhan hati untuk terus mendidik setiap pelajar mencapai cita-cita mereka.

"Kita sedang mengalami cabaran hebat daripada apa didengari daripada luahan guru tersebut, saya tidak boleh lagi menerima hal sebegitu," katanya sambil menitiskan air mata ketika sebuah majlis di Sekolah Rakyat Menengah Atas 34 di Lebak, Banten pada Jumaat.

Dalam majlis tersebut, dua orang pelajar terlebih dahulu tampil ke hadapan dengan menceritakan keazaman mereka untuk datang ke sekolah adalah bagi membina masa depan lebih cerah.

Perkongsian berkenaan disusuli dengan curahan perasaan guru terbabit di hadapan Gus Ipul serta beberapa individu kenamaan lain yang pastinya terkesan akan perkara terbabit.

Sekolah Rakyat di Indonesia diperkenalkan bagi membantu golongan miskin tegar di negara tersebut.

"Saya tahu ini bukan sekolah biasa, saya terharu. Saya bertahan demi mereka, demi anak-anak ini, saya bertekad untuk menemani para pelakar ini mencapai masa depan mereka.

“Saya terharu melihat pelajar ini, mereka dari golongan yang tidak berkemampuan. Tetapi, meskipun saya belum dapat surat pelantikan, melihat semangat mereka membuat saya semakin ingin terus mengajar,” kata guru berkenaan.

Luahan tersebut menjadi sebab Menteri Sosial itu gagal mengawal perasaannya sebelum sempat menyatakan program sekolah rakyat diperkenalkan Presiden, Prabowo Subianto diharapkan mampu mengubah jurang sosial di Indonesia.

Ini kerana sekolah tersebut dikhaskan untuk pelajar dari golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar yang sukar mendapatkan akses kepada sistem pendidikan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram