
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto pada Khamis.
Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada rangka lawatan khas sehari beliau ke Malaysia dan Prabowo tiba di Perdana Putra pada 9 pagi.
SElain itu, ia juga merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.
Beliau turut dijadual menghadiri mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kuala Lumpur pada Khamis.
Terdahulu, pesawat khas yang membawa Prabowo bersama delegasi selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang, Selangor pada 10.15 malam Rabu.— The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram