[VIDEO] Jangan ambil mudah, minuman bergas dan jarak terlalu dekat pada dinding boleh jadi punca peti ais meletup


  • Benua
  • Isnin, 21 Jul 2025

Tangkap layar kejadian sebuah peti ais meletup di dalam sebuah pejabat baru-baru ini.

 

 

SEBUAH rakaman video memaparkan detik letupan mengejut melibatkan sebuah peti ais di dalam pejabat tular di media sosial mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warga maya.

Kejadian yang dipercayai berlaku di China itu menunjukkan peti ais berkenaan tiba-tiba meletup tanpa sebarang tanda awal, menyebabkan keadaan panik dalam premis tersebut.

Meskipun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, insiden tersebut menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan penggunaan peralatan elektrik di rumah dan tempat kerja.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Nasib baik saya pakai neck gaiter', penunggang motosikal hampir hilang nyawa terjerut tali layang-layang di Kepong

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ini bukan isu kecil, ini soal hak sebagai rakyat Malaysia’, lambakan warga asing di Klang makin meresahkan

Rakaman berdurasi seminit yang dikongsikan pengguna Facebook, Haaz Onee itu turut mengundang pelbagai reaksi serta teori daripada warganet yang cuba mengaitkan punca kejadian, termasuk faktor penyelenggaraan, kedudukan peralatan dan bahan yang disimpan dalam peti ais.

 

 

 

 

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata warganet tampil memberikan pandangan serta berkongsi pengalaman masing-masing berhubung insiden berkenaan.

Seorang pengguna Facebook, Mad Parih berpendapat kedudukan peti ais yang terlalu rapat dengan dinding boleh menjadi faktor penyebab utama kerana haba dari pemeluwap tidak dapat dilepaskan dengan baik.

“Peti ais rapat sangat dengan dinding, dia panas… sepatutnya kena ada ruang antara dinding dan peti ais tu,” tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi warga maya, Rose Amir, berkongsi kejadian hampir sama apabila tin minuman bergas yang disimpan dalam peti ais meletup, namun tidak merosakkan peralatan.

“Akibat simpan minuman bergas. Haritu di rumah saya pun jadi macam tu, tapi peti ais tak rosak pun,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi warga maya, Eddy Shopkeeper, walaupun kes letupan peti ais jarang berlaku, ia tetap boleh menjadi berbahaya sekiranya melibatkan kebocoran gas penyejuk atau masalah teknikal pada sistem penyejukan.

“Letupan gas peti ais jarang berlaku, tapi boleh jadi sangat berbahaya.

"Biasanya disebabkan kebocoran gas penyejuk atau tekanan tinggi, terutama kalau pemampat (compressor) ada masalah.

"Simpan tin minuman dalam peti beku terlalu lama pun boleh jadi punca,” jelasnya.

Kesimpulannya, insiden letupan peti ais yang tular itu wajar dijadikan peringatan kepada orang ramai agar tidak memandang ringan aspek keselamatan peralatan elektrik di kediaman mahupun tempat kerja.

Pemilihan lokasi penempatan peti ais yang sesuai, penyelenggaraan berkala serta penggunaan yang betul merupakan langkah penting bagi mengelakkan risiko kejadian tidak diingini.

Langkah pencegahan yang kecil tetapi konsisten mampu menyelamatkan nyawa dan harta benda daripada bahaya yang tidak dijangka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram