[VIDEO] ‘Rezeki tak salah alamat’, sifat terpuji rider dapat bantuan serta-merta suami isteri ketika susah


  • Tular
  • Isnin, 07 Jul 2025

Tangkap layar sepasang suami isteri membantu seorang 'rider' di sebuah stesen minyak baru-baru ini.

SEORANG penghantar makanan tidak dapat menahan rasa syukur apabila dibantu oleh sepasang suami isteri ketika berdepan kesukaran baru-baru ini.

Menurut lelaki tersebut, kejadian berlaku di sebuah stesen minyak apabila motosikal yang digunakannya untuk mencari rezeki mengalami kerosakan.

Lebih menyedihkan, dia mengakui tidak mempunyai wang mencukupi untuk membaiki motosikanya yang rosak pada ketika itu.

BACA LAGI : [VIDEO] ‘Ya ALLAH mudahkan urusan anak sulung dia’, 6 beranak termasuk bayi lemas, kereta ditemukan di dasar Sungai Korok, Jitra

BACA LAGI : [VIDEO] Belum tiba ajal, ‘rider’ tercampak ke laut diselamatkan nelayan di Jambatan Pulau Pinang

"Alhamdulillah, terima kasih orang baik. ALLAH hadirkan orang yang baik dan pemurah di saat kita dalam kesusahan," katanya menerusi satu hantaran video yang dimuat naik ke media sosial.

Tambah lelaki itu, dia sama sekali tidak menyangka akan menerima bantuan daripada pasangan terbabit yang kebetulan berada di lokasi sama.

Menariknya, detik murni itu turut dirakam secara tidak sengaja oleh kamera miliknya, memperlihatkan pasangan berkenaan menghampiri dan menghulurkan sejumlah wang sambil memberikan kata-kata semangat.

Tindakan pasangan tersebut menerima pujian ramai pengguna media sosial yang tersentuh dengan keprihatinan mereka terhadap individu dalam kesusahan.

Rata-rata netizen turut memuji sikap mulia pasangan itu yang sanggup membantu tanpa mengenal latar belakang dan berharap lebih ramai masyarakat bersikap prihatin seperti mereka.

Pada masa sama, sikap sopan dan bertanggungjawab penghantar makanan itu turut mendapat perhatian ramai.

Antara komen yang mencuri tumpuan datang daripada seorang pengguna Facebook bernama Bu Dak Bas Persiaran.

"Sebab apa bang, sebab tengok sikap kau pun orang dah tahu kau ini orang yang bagus. 

"Selepas buat kerja siap sapu balik tempat tu. Umpama kau dah pakai tempat orang, kau kembalikan ke asal balik tempat tu. Salute bro. Teruskan kesedaran sivik kau yang padu itu," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram