
KEUPAYAAN China dalam industri pembinaan semakin dikagumi apabila memperkenalkan kaedah baharu yang boleh mengelakkan pencemaran udara dan bunyi dalam pelaksanaan projek besar di tengah-tengah bandar.
Seperti yang ditunjukkan dalam projek mega di Jinan, ibu wilayah Shandong, sebuah 'kubah gelembung' setinggi 50 meter (meter) dipasang di tapak pembinaan.
Kubah itu dicipta dengan tujuan mengurangkan pencemaran bunyi dan udara, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan senyap bagi penduduk yang tinggal berdekatan.
BACA LAGI: Derita anak Palestin kudung tangan akibat perang dipilih foto terbaik World Press Photo 2025
Dengan keluasan kira-kira 20,000 meter persegi, kubah itu dibina menggunakan bahan yang ringan dan tahan lasak terhadap ketidaktentuan cuaca selain mempunyai sistem tekanan udara serta tahap keselamatan yang tinggi untuk pekerja.
Ini menjadikan ia satu daripada struktur kubah gelembung terbesar di dunia.
Ia dikembungkan menggunakan tekanan angin dan tidak memerlukan tiang yang menahannya selain memberi lebih banyak ruang kepada pekerja di dalamnya.
China has built a 50m-tall inflatable dome over a construction site in Jinan to protect the surroundings from dust and noise. pic.twitter.com/CLSrZAWS2g
— Indian Tech & Infra (@IndianTechGuide) July 3, 2025
Aktiviti pembinaan sering dikaitkan dengan masalah pencemaran habuk yang menjejaskan kualiti udara.
Bagi mengatasi pencemaran itu, kubah berkenaan mampu menghalang habuk tersebar ke kawasan penduduk atau pusat perniagaan yang lain.
Kubah itu juga kalis bunyi dan mampu menghalang bunyian jentera besar daripada menggganggu kawasan sekitar.
Pencapaian terbaharu China itu menyaksikan republik itu rancak memperkenalkan penggunaan kubah gelembung di kawasan pembinaan.
Selain mudah dibina, kubah berkenaan juga sangat ideal untuk penggunaan sementara sepanjang tempoh projek pembinaan dilaksanakan.
Penggunaan kubah berkenaan itu juga membolehkan syarikat pembinaan mematuhi peraturan alam sekitar dan mengelakkan daripada aduan penduduk sekitar. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram