
SEBUAH restoran India Muslim di Kuala Lumpur menjadi tumpuan luar biasa terutama dalam kalangan pelancong dari China selepas tular beberapa video di aplikasi Douyin (TikTok versi China).
Fenomena itu turut dirasai oleh pelancong asing yang berkunjung ke restoran TG's Bistro.
Menerusi hantaran dimuat naik seorang pelancong di Instagram @ali_chekaoui_movies baru-baru ini melihat perkara unik dalam suasana restoran tersebut.
BACA LAGI: Hasnah Mohammed Hashim kini pemangku Ketua Hakim
Menurutnya, restoran berkenaan juga dipenuhi pengunjung yang kebanyakannya dari China.
Mereka bukan sahaja untuk datang untuk menikmati makanan tetapi juga merakam gambar dan video.
"Saya sudah berada di sini selama tiga hari dan setiap hari restoran ini penuh dengan pelancong dari China.
"Saya tidak pernah lihat sesuatu seperti ini. Mereka datang hanya untuk bergambar," katanya.
Kenyataan itu juga disokong oleh beberapa pelancong China yang sedang menunggu giliran untuk masuk ke dalam restoran tersebut.
Antara menu hangat di restoran TG's Bistro iaitu roti tisu sebelum ini pernah tular selepas dikunjungi sekumpulan personaliti Korea Selatan pada Mac 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram