[VIDEO] Gudang mercun di AS meletup, cetus kebakaran besar


  • Benua
  • Rabu, 02 Jul 2025

Keadaan gudang mercun di California yang musnah akibat letupan pada pagi Selasa.

SEBUAH gudang mercun di California, Amerika Syarikat (AS) meletup pada Selasa, sekali gus mencetuskan kebakaran besar.

Letupan gudang itu turut menyebabkan serpihan berterbangan kira-kira 200 meter dan mencetuskan asap tebal yang mencecah ketinggian sehingga 15,000 kaki.

Pejabat Sheriff Yolo County berkata, kejadian itu berlaku di kawasan luar bandar di Esparto, kira-kira 64 kilometer dari barat laut Sacramento.

BACA LAGI: [VIDEO] Wartawan wanita Palestin maut serangan udara Israel, sehari selepas karya terpilih Festival Filem Cannes

BACA LAGI: Derita anak Palestin kudung tangan akibat perang dipilih foto terbaik World Press Photo 2025

Pegawai bomba tempatan, Curtis Lawrence berkata, pihaknya kini menutup kawasan berhampiran gudang itu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini selain bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

 

Bagaimanapun punca letupan gudang itu belum dapat dipastikan dan pihak berkuasa mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pihak berkuasa juga sudah mengarahkan penduduk yang tinggal dalam lingkungan dua kilometer dari gudang itu berpindah ke lokasi selamat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram