
MUSIM perayaan sepatutnya menjadi waktu untuk mengeratkan silaturahim, namun sikap segelintir individu yang tidak mempedulikan janji yang sudah diberikan mampu mengundang rasa kecewa di hati.
Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan banyak makanan yang tidak terusik dikatakan selepas tetamu yang berjanji untuk datang beraya membatalkan kunjungan pada saat akhir.
Pemilik video, seorang pengguna TikTok, Ayumie meluahkan rasa kecewa apabila tetamu yang dinantikan sejak pagi akhir memaklumkan tidak jadi datang sekitar pukul 10 malam.
BACA LAGI: [VIDEO] Remaja maut perut terburai gara-gara serbuk mercun meletup lepas motor rempuh basikal
BACA LAGI: [VIDEO] 'Kesian peniaga bayar tapak,' warganet hilang simpati terhadap penjual tanpa lesen
Saudara mara bagitau nak datang beraya & makan malam. Tunggu punya tunggu sampai 10pm tapi tak sampai². Bila call, dorang bagitahu tak jadi datang.Dugaan ketika berhari raya. Semoga sis sekeluarga dipermudahkan urusan.
miss_ayumie pic.twitter.com/K5R1Mth7Pq
— MYNEWSHUB (@mynewshub) April 3, 2025
Dalam video tersebut, kelihatan pelbagai juadah seperti sambal sardin, gulai telur itik, sayur kobis, kek, lemang, rendang dan kuah kacang yang telah dimasak khas untuk menyambut tetamu.
"Makanan dah siap masak tetapi tetamu tak jadi datang. Tunggu punya tunggu sampai 10 malam tetapi tak sampai-sampai. Bila telefon, mereka beritahu tak jadi datang," tulisnya.
Rakaman itu mendapat perhatian ramai warganet yang turut bersimpati dengan situasi tersebut.
Rata-rata mengecam tindakan individu yang tidak menepati janji, apatah lagi ketika tuan rumah sudah bersusah payah menyediakan makanan.
Seorang pengguna, Intmariexx berkongsi pengalaman sewaktu keluarganya mengalami situasi yang sama.
"Mak saya pernah kena. Anak saudara dia nak datang, siap request nak makan macam-macam. Orang tua sudah masak, tunggu sampai malam, tapi tak datang. Rupanya mereka pergi makan di rumah orang lain," luahnya.
Perkara yang sama turut terjadi kepada Zara yang sudah bersiap sedia menghidangkan makanan buat tetamunya.
"Baru jadi semalam. Saudara mesej kata nak datang beraya, kita beritahu ibu, ibu pun masak laksa macam-macam.
"Sekali petang saya telefon untuk bertanya ada di mana. Rupanya tak jadi datang dan dia kata lupa nak beritahu.
"Hari ini, tiba-tiba waktu tengah hari, orang tengah tidur, mereka serbu rumah ramai-ramai, sedangkan kami tak masak pun," katanya.
Warga maya lain, Ikhmlzz pula menyifatkan tindakan sebegitu sebagai tidak bertanggungjawab.
"Jenis b*ngs*t tak fikir, tiada common sense. Update lah beritahu, dah besar pun bodoh menyusahkan orang," katanya.
Pengguna lain, Msyhmiz turut mengingatkan bahawa Hari Raya sepatutnya menjadi waktu untuk bermaafan, bukan menambah sakit hati orang lain.
"Rezeki itu. Barang sekarang sudahlah mahal," katanya merujuk kepada kos bahan makanan yang semakin meningkat.
Tidak hanya itu, pengguna lain, Zamwmanes turut menegaskan bahawa soal berjanji untuk berkunjung ke rumah seseorang bukanlah perkara yang boleh diambil ringan.
"Janganlah sesuka hati berjanji kata nak datang, pastu tiba-tiba batal. Bukannya kau kata nak datang, tetiba makanan itu terus tersedia begitu sahaja depan mata," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram