[VIDEO] Lapan maut insiden belon udara panas terbakar di Brazil, ada mangsa jatuh dari ketinggian 12 meter


  • Benua
  • Ahad, 22 Jun 2025

Kejadian belon udara panas terbakar di Brazil mengorbankan lapan nyawa.

DILAPORKAN seramai lapan orang maut dalam kemalangan melibatkan belon udara panas di Brazil pada Sabtu.

Kejadian yang berlaku di Praia Grande, selatan Brazil itu terjadi apabila sebuah belon udara panas yang dinaiki oleh 21 penumpang terbakar.

Ketika kejadian, ruangan yang membawa penumpang iaitu bakul (basket) itu jatuh dari ketinggian 12 meter menuju ke tanah semasa api mula marak.

BACA LAGI: Mengangguk faham, calon SPM didakwa bunuh ibu, abang di Melaka

BACA LAGI: Rakyat Malaysia dipindah keluar dari Iran seawal Jumaat

Malah, seorang mangsa dilihat terjatuh daripada belon udara panas itu dari kedudukan tinggi semasa api mula merebak ke seluruh tempat.

Menurut juruterbang belon udara panas itu, dia cuba untuk menurunkannya apabila api mula tidak terkawal.

Malah dia turut meminta semua penumpang untuk segera turun apabila belon udara panas itu sudah menghampiri tanah, namun ada yang tidak berjaya untuk menyelamatkan diri kerana api semakin besar.

"Ada dua orang jatuh, mereka sedang terbakar, bakul itu rosak dan belon kemudiannya jatuh," kata salah seorang saksi.

Sebelum ini, berlaku satu lagi kejadian serupa kurang daripada seminggu lalu melibatkan seorang wanita.

Wanita tersebut maut semasa menaiki belon udara panas itu di Sao Paulo. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram