
RAKYAT Malaysia yang dibawa pulang dari Iran dijangka tiba di tanah air pada Ahad malam.
Kementerian Luar mengumumkan kesemua rakyat Malaysia yang dibawa pulang menaiki penerbangan Turkmenistan Airlines T5-647 pada Ahad dan mereka dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand.
Ia kemudiannya akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghampiri 11 malam.
BACA LAGI: [VIDEO] 8 maut kejadian belon udara panas terbakar di Brazil, ada mangsa terjatuh dari 12 meter
BACA LAGI: Rakyat Malaysia dipindah keluar dari Iran seawal Jumaat
Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani
"Mereka dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH781 pada 10.50 malam.
"Proses pemindahan ini dilakukan oleh Kedutaan Malaysia di Tehran dan diselaraskan oleh Kedutaan Malaysia di Ashgabat (Turkmenistan) dan Bangkok (Thailand)," kata Kementerian Luar dalam kenyataan pada Ahad.
Kementerian itu juga mengesahkan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri (Hal Ehwal Dua Hala), Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani akan menyambut kepulangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang.
Sebelum ini, kerajaan mengambil keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Iran ekoran konflik negara itu dengan Israel.
Jumlah rakyat Malaysia di negara itu tidak begitu besar dengan majoritinya adalah pegawai kedutaan, pelajar serta pelancong ke negara itu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram