Rakyat Malaysia dipindah keluar dari Iran seawal Jumaat


  • Massa
  • Rabu, 18 Jun 2025

Rakyat Malaysia di Iran akan dibawa pulang seawal Jumaat.

RAKYAT Malaysia yang berada di Iran akan dibawa semula ke negara ini bermula Jumaat, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Bercakap selepas mesyuarat kabinet pada Rabu, Fahmi mengatakan yang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diberitahu yang cuma sejumlah kecil rakyat Malaysia masih di Iran.

Rakyat Malaysia yang berada di Iran terdiri daripada pegawai-pegawai kedutaan, golongan pelajar dan pelancong. 

BACA LAGI: Mengangguk faham, calon SPM didakwa bunuh ibu, abang di Melaka

BACA LAGI: [VIDEO] Honda 'cabar' program angkasa Elon Musk, berjaya uji roket

Datuk Fahmi Fadzil.

"Mereka sudah pun dinasihatkan untuk meninggalkan Iran. Semua urusan berkenaan Visa sudah pun diselesaikan dan mereka akan mula berlepas dalam sehari, dua lagi, berkemungkinan besar pada 20 Jun (Jumaat)," kata Fahmi.

Dalam masa yang sama, Fahmi mengatakan yang persiapan untuk memindahkan rakyat Malaysia sedang dilakukan demi tujuan keselamatan. Namun begitu, Fahmi tidak mendedahkan butiran lanjut.

Iran dan Israel kini sedang saling berbalas serangan dengan pelbagai serangan udara hantar kedua-dua negara dengan jumlah yang terkorban meningkat dari hari ke hari.

Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terkesan dengan konflik tersebut dengan Amerika Syarikat meminta Iran untuk berdamai tanpa meletakkan sebarang syarat. — The Star/DIYANA PFORDTEN

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram