
SEKURANG-KURANGNYA 24 penerbangan dua hala ke pulau peranginan Bali, Indonesia telah dibatalkan pada Rabu (18 Jun) selepas sebuah gunung berapi di timur kepulauan itu meletus, memuntahkan abu setinggi 10 kilometer ke udara.
Gunung Lewotobi Laki-Laki, sebuah gunung berapi berkembar setinggi 1,703 meter di pulau pelancongan timur Flores meletus pada hari Selasa dengan pihak berkuasa menaikkan status amaran kepada tahap tertinggi.
Menurut laman web rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, penerbangan yang terjejas termasuk penerbangan antarabangsa oleh syarikat seperti Jetstar dan Virgin Australia ke beberapa destinasi utama di Australia.
BACA LAGI:[VIDEO] Honda 'cabar' program angkasa Elon Musk, berjaya uji roket
BACA LAGI:[VIDEO] Konflik Iran-Israel makin tegang, kapal perang AS dikerah ke Timur Tengah
Selain itu, Air India, Air New Zealand, TigerAir dari Singapura dan Juneyao Airlines dari China turut membatalkan jadual penerbangan mereka berikutan kejadian letusan. Beberapa penerbangan domestik AirAsia ke Labuan Bajo di Flores juga turut dibatalkan.
"Ngurah Rai masih beroperasi seperti biasa tetapi ia bergantung kepada jadual penerbangan, namun beberapa penerbangan dibatalkan kerana gunung berapi. Ia bergantung kepada laluan dan juga syarikat penerbangan," kata seorang ejen khidmat pelanggan lapangan terbang Bali yang enggan namanya didedahkan kepada AFP.
Gunung Lewotobi Laki-Laki, yang berketinggian 1,703 meter dan dikenali sebagai gunung berapi berkembar di Pulau Flores meletus dengan hebat hingga memaksa pihak berkuasa menaikkan tahap amaran ke paras tertinggi.
Bukan itu sahaja, letusan tersebut menyebabkan hujan abu tebal melanda beberapa kampung berdekatan dan sekurang-kurangnya satu kampung telah diarahkan untuk berpindah lewat malam Selasa.
Gunung berkembar- Gunung Lewotobi Laki Laki meletus menyebabkan asap naik setinggi 11 kilometer ke langit. Gunung ni terletak d Nusa Tenggara Timur. pic.twitter.com/8GTPsytO9A
— Ikhwan (@JatIkhwan) June 17, 2025
Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan besar dilaporkan oleh Agensi Mitigasi Bencana Indonesia.
Pada November lalu, Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus beberapa kali hingga mengorbankan sembilan orang, membatalkan berpuluh-puluh penerbangan antarabangsa ke pulau peranginan Bali dan memaksa ribuan orang berpindah.
Gunung Lewotobi Laki-Laki, yang bermaksud 'lelaki' dalam bahasa Indonesia, berkembar dengan gunung berapi yang lebih tenang dikenali sebagai Gunung Lewotobi Perempuan.
Indonesia, sebuah negara kepulauan yang terletak di Lingkaran Api Pasifik, sering mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi. Negara itu mempunyai lebih 120 gunung berapi aktif, menjadikannya antara kawasan paling berisiko di dunia untuk bencana alam jenis ini.— The Star
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram