
PELANCONG Malaysia mengungguli senarai pelancong paling ramai ke Thailand, mengatasi China bagi tempoh enam bulan pertama 2025.
Menurut laporan The Nation, statistik Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand menunjukkan seramai 15,016,878 pelawat asing ke negara itu dalam tempoh 1 Januari hingga 8 Jun lalu.
Jelas laporan itu, jumlah berkenaan hampir tiga peratus menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
"Kunjungan pelancong China terus menurun, manakala Malaysia naik ke tangga pertama sebagai pelancong paling ramai ke negara ini.
"Berdasarkan statistik, sebanyak 2.87 peratus penurunan pelancong ke Thailand dan mereka menyumbang kira-kira 69.9 bilion baht (RM9.15 bilion) bagi pendapatan pelancongan," kata kementerian itu.
Faktor keselamatan dipercayai menjadi punca pelancong China semakin disebabkan kes penculikan pelakon China, Xing Xing di Thailand pada Januari lalu.
Berikut adalah lima negara paling ramai pelancong ke Thailand sepanjang 2025:
1. Malaysia — 2,041,002 pelancong
2. China — 2,029,481 pelancong
3. India — 1,035,864 pelancong
4. Rusia — 981,011 pelancong
5. Korea Selatan — 702,267 pelancong — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram