
IRAN melancarkan serangan balas terhadap Israel selepas beberapa jam serangan udara rejim Zionis membunuh beberapa individu penting termasuk enam saintis nuklear republik itu.
Menurut laporan media Iran, antara mangsa yang disahkan terbunuh setakat ini termasuk Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mejar Jeneral Hossein Salami.
Selain itu, enam saintis nuklear Iran, Abdolhamid Minouchehr, Ahmadreza Zolfaghari, Amirhossein Feqhi, Motalleblizadeh, Mohammad Mehdi Tehranchi dan Fereydoun Abbasi turut dlaporkan maut dalam serangan Israel di puluhan lokasi di Teheran termasuk tapak nuklear dan markas tentera IRGC.
BACA LAGI: [VIDEO] Israel serang tapak nuklear, markas tentera Iran
BACA LAGI: [VIDEO] Demi populariti, pelancong cari nahas ambil video saat Gunung Etna meletus
Dalam serangan balas Iran, lebih 100 dron dihantar ke Israel tetapi laporan kemusnahan akibat tindak balas itu tidak dapat dipastikan.
Sementara itu, Israel berkata, sebanyak 200 pesawat tempur digunakan dalam serangan awal pagi Jumaat itu melibatkan lebih 100 sasaran di seluruh Iran.
BREAKING | Israel Says Over 100 Iranian Drones Launched
IDF Spokesman Brig. Gen. Effie Defrin says more than 100 drones were launched by Iran at Israel in the last few hours, and Israeli forces are working to intercept them.
Iran’s Army (Artesh) said earlier it was engaged… pic.twitter.com/tQq0jlPpZX
— Drop Site (@DropSiteNews) June 13, 2025
Perkembangan di Asia Barat itu mencetuskan kebimbangan serantau dengan Jordan mengerahkan tenteranya untuk bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan.
Jordan juga menutup ruang udaranya untuk sebarang operasi ketenteraan dan tidak mahu terlibat dalam sebarang konflik peperangan.
Ini susulan laporan menyebut tentera Israel akan melancarkan operasi darat selepas puluhan ribu askar rejim ditempatkan di sempadan sebelum dikerah untuk menceroboh Iran. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram