Buang usus lembu korban dalam sungai, pelaku dijejak pihak berkuasa Surabaya berdepan risiko dipenjara atau denda


  • Benua
  • Ahad, 08 Jun 2025

Rondaan di sepanjang sungai untuk mengesan individu yang membuang isi perut lembu telah dilakukan sejak Jumaat hingga Ahad.  — Agensi 

KAKITANGAN dari Majlis Bandaraya Surabaya sudah menjalankan rondaan di beberapa sungai bagi mengelakkan penduduk membersihkan usus dan isi perut lembu di kawasan tersebut, seperti yang tular di media sosial pada Sabtu. 

Ketua Jabatan Alam Sekitar (DLH) Surabaya, Dedik Irianto berkata, rondaan di sepanjang sungai untuk mengesan individu yang membuang isi perut lembu telah dilakukan sejak Jumaat hingga Ahad. 

"Hasil pemantauan pada hari pertama Aidiladha mendapati terdapat dua lokasi di mana penduduk mencuci isi perut haiwan korban. Mungkin belum semua haiwan disembelih," kata Dedik ketika dihubungi pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Hargai pembantu rumah, Madammu hadiahkan lembu korban harga RM5,000 sempena Aidiladha

BACA LAGI: Polis Kelantan kenal pasti 41 'hotspot' nahas, jangka 2 juta kenderaan tiba sempena Aidiladha

Dedik menjelaskan bahawa kedua-dua lokasi tersebut terletak berhampiran sungai di kawasan Taman Asreboyo, Jalan Ngagel, Wonokromo, Surayabaya, Indonesia. 

"Semalam (Jumaat) kami telah menjalankan pendekatan dan memberikan penerangan mengenai peraturan daerah yang melarang pembuangan sampah sesuka hati. Mungkin esok akan lebih ramai, jadi kami akan periksa lagi," tambahnya.

Seterusnya, Dedik berkongsi bahawa pihaknya akan mengenakan tindakan kesalahan ringan  terhadap individu yang membuang isi perut lembu ke dalam sungai. Pesalah akan dikenakan denda atau hukuman penjara.

"Menurut Peraturan Daerah Nombor 5 Tahun 2016, ada tindakan untuk kesalahan itu. Hukuman bergantung kepada jumlah isi perut yang dibuang, dari Rp 75 ribu (RM 22.50) hingga Rp 300 ribu ( RM 93.00) sebagai denda. Jika enggan membayar, boleh dikenakan hukuman penjara," katanya.

Sementara itu, bagi penduduk yang hanya mencuci tanpa membuang isi perut haiwan korban ke dalam sungai, mereka akan diberi amaran dan diberikan karung sebagai bekas simpanan dari pihak berkuasa. 

"Oleh kerana mereka tidak ditangkap membuang secara langsung, kami berikan mereka karung (guni) untuk mengisi usus dan isi perut. Untuk membilas kotoran di sungai dibenarkan, tetapi segala kekotoran wajib dimasukkan ke dalam karung," jelasnya. — Agensi 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram