
RANGKAIAN kedai runcit 7-Eleven di Jepun memulakan penggunaan robot penghantaran autonomi di pinggir bandar Tokyo buat kali pertama pada 19 Mei lalu untuk menguji daya maju alat tersebut di negara terbabit yang sedang mengalami fenomena penduduk tua.
Negara Matahari Terbit itu dilaporkan menghadapi kekurangan buruh yang semakin meningkat dan turut mengubah undang-undang lalu lintasnya pada 2023 untuk membenarkan robot penghantaran di jalan awam.
Syarikat lain, termasuk Panasonic juga telah menguji robot baharu untuk mengangkut barangan.
BACA LAGI: Tubuh Naza Group pada usia 21 tahun, Allahyarham Nasimuddin kebanggaan Kuala Pilah
Projek perintis oleh 7-Eleven melibatkan robot beroda berbentuk kereta yang dibangunkan bersama oleh pembuat kereta terkemuka Suzuki dan syarikat pemula berpangkalan di Tokyo, Lomby.
Percubaan itu meliputi sekitar 10,000 isi rumah di Barat Tokyo.
Rangkaian kedai serbaneka gergasi itu telah mencuba robot serupa yang dikendalikan dari jauh oleh manusia bagaimanapun ujian kali ini merupakan percubaan pertama mesin autonomi penuh di laluan awam.
Pesanan yang dibuat pada aplikasi telefon pintar mengaktifkan robot, dengan alat itu kemudian akan melakukan penghantaran tanpa pemandu ke arah alamat rumah ditetapkan pada kelajuan enam kilometer sejam (empat mph).
Robot terbabit juga boleh dibina bagi mengenal pasti isyarat lalu lintas dan tanda lain di jalan awam, walaupun ia ketika ini dipantau dari jauh oleh pengendali manusia yang boleh melakukan intervensi sekiranya berlaku kecemasan.
Percubaan itu mempunyai objektif membantu mengekalkan perkhidmatan penghantaran sedia ada 7-Eleven yang pada waktu ini bergantung kepada pemandu manusia. — AFP
"Jika, sebagai contoh, robot itu dikelilingi orang ramai dan mendapati dirinya sesat, pengendali boleh meminta mereka melalui mikrofon untuk membiarkannya masuk (melakukan intervensi)," kata jurucakap syarikat induk Seven & i Holding kepada AFP.
Percubaan itu dijadualkan berlangsung sehingga Februari dan mesin itu mempunyai objektif untuk membantu mengekalkan perkhidmatan penghantaran sedia ada 7-Eleven yang pada waktu ini bergantung kepada pemandu manusia.
"Dalam tempoh lima tahun apabila kekurangan buruh menjadi semakin teruk, tidak ada jaminan bahawa penghantaran manusia akan kekal berdaya maju sehingga itu.
"Kami kena bersedia," kata jurucakap itu.
Kawasan kejiranan yang dipilih untuk percubaan iaitu Minami-Osawa di Tokyo, terletak di atas bukit dengan banyak cerun dan tangga, bentuk muka bumi sukar bagi kebanyakan penduduknya yang semakin tua.
Ujian itu akan menilai sama ada robot penghantaran autonomi boleh menjadi penyelesaian aktiviti membeli-belah untuk kawasan tersebut, kata firma tersebut dalam satu kenyataan.
Media antarabangsa termasuk Business Insider melaporkan bahawa percubaan serupa telah dijalankan 7-Eleven di Los Angeles pada 2023. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram