
SEKURANG-KURANGNYA sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilaporkan maut selepas lori dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak pada pagi Selasa.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kejadian berlaku selepas pasukan itu menjalankan Ops Chariot.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.54 pagi.
BACA LAGI: Dua terselamat, 2 lagi masih hilang lepas masuk hutan di Lahad Datu
BACA LAGI: Buat BBQ saja jika menang UEL, Ruben Amorim malu pegang rekod kekalahan paling banyak
Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, kenderaan FRU tersebut membawa 15 anggota termasuk pemandu.
Sebelum ini, pihaknya mengesahkan seramai lapan orang maut dan operasi menyelamat masih diteruskan.
"Ada mangsa yang ditarik dari kenderaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan, namun operasi masih dijalankan," katanya pada Selasa.
Kemalangan juga dipercayai berlaku apabila lori FRU bertembung dengan lori membawa muatan batu serta mengakibatkan dua mangsa yang berada dalam kenderaan FRU tersepit di tempat duduk hadapan. — The Star/MANJIT KAUR
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram