
SEORANG wanita berkongsi pengalaman menyentuh hati ramai ketika terlibat dalam satu kemalangan kecil baru-baru ini.
Menerusi hantaran dikongsikan pengguna akaun Thread @misznyna pada Rabu, dia secara tidak sengaja terlanggar belakang kereta jenis Perodua Axia milik seorang lelaki dikenali sebagai Mr Lim yang berusia sekitar 40-an.
Menurutnya, situasi itu membuatkannya panik dan mengakui kesalahannya sebelum mengikut Mr Lim ke sebuah bengkel berhampiran.
BACA LAGI: Sedia berundur dari parti, Kabinet jika tak dipilih semula sebagai pemimpin PKR — Rafizi Ramli
BACA LAGI: Peguam dakwa Pamela Ling terima tekanan, 9 kali beri keterangan di SPRM sebelum hilang
Mesej tersebut menunjukkan kebaikan yang dilakukan oleh Mr Lim.
Katanya, kejadian pula berlaku ketika belum menerima gaji dan baru mengganti radiator keretanya.
Wanita itu bagaimanapun terpaksa mencukupkan wang sebanyak RM480 sebagai ganti rugi dan kos membaiki kereta Mr Lim.
"Aku bayar dulu RM250, sebab akaun ada had sehari dan bakinya pindahkan lagi.
"Aku bagitahu Mr Lim dan minta maaf lagi. Tetapi, Mr Lim pun minta maaf juga sedangkan dia tak salah pun dalam hal ini.
"Dia tetap layan aku baik dan sentiasa ingatkan untuk memandu dengan selamat," tulisnya tanpa menyatakan tarikh dan lokasi kejadian itu berlaku.
Lebih mengejutkan apabila lelaki berkenaan kemudiannya dikatakan membayar semula wang sejumlah RM230 ke akaun wanita itu.
Katanya, Mr Lim memberitahu bahawa kos membaiki keretanya itu tidak setinggi yang dimaklumkan oleh pekerja bengkel.
"Aku tanya kenapa tak baiki sahaja sampai dia puas hati.
"Tak perlu pun kembalikan balik. Aku rasa dia memang orang yang baik dan rendah diri sangat," katanya lagi.
Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian belum dapat dipastikan lagi setakat ini.
Perkongsian itu secara tidak langsung meraih perhatian ramai di media sosial.
Rata-ratanya turut memuji sikap bertanggungjawab, jujur dan rendah hati Mr Lim.
Ramai juga mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan dan menjadi contoh perpaduan dan empati dalam masyarakat di Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram