Tak sempat ke Tanah Suci, bakal jemaah haji Cirebon maut di tangga masjid ketika mahu tunaikan solat dhuha


  • Benua
  • Sabtu, 03 Mei 2025

Beberapa ahli keluarga Suhendi dilihat memakai pakaian haji ketika mengiringi jenazahnya. — Agensi

SEORANG bakal jemaah haji di Cirebon, Indonesia maut sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Mangsa, Suhendi Kalsum dilaporkan meninggal dunia sejurus tiba di masjid ketika mahu menunaikan solat dhuha bersama isteri dan empat anaknya pada Jumaat.

Berdasarkan maklumat dikongsikan orang awam, Suhendi sudah berada dalam keadaan lemah sebelum ke masjid.

BACA LAGI: Jarum, benang dan kain jadi lukisan unik, usia 66 tahun bukan penghalang Khalidah terus berkarya

BACA LAGI: [VIDEO] ‘18 tahun menjaga kebun’, majikan sebak pekerja setia Bangladesh akhirnya pulang ke negara asal

Mangsa kemudiannya rebah ketika berada di tangga dan disahkan meningga dunia di lokasi kejadian. 

Punca sebenar kematiannya bagaimanapun belum dapat dipastikan lagi setakat ini. 

Sementara itu, ahli keluarganya dilihat memakai pakaian seragam haji ungu mengiringi perarakan waktu pengebumiannya. 

Menurut ahli keluarga mangsa, Satori, Suhendi merupakan seorang yang pemurah dan berharta tetapi masih mementingkan kehidupan sosial dalam masyarakat.

"Arwah juga pernah menjadi ahli Persatuan Persahabatan Masyarakat Cirebon sejak 2002," katanya.

Ketua Organisasi Haji dan Umrah Kementerian Agama Kabupaten Cirebon, Mualim pula mengesahkan berita kematian salah seorang calon jemaah haji dari Cirebon. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram