
ANAK lelaki pemain pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim dikhabarkan menghidap Leukemia Limfoblastik Akut Pra-B.
Menerusi hantaran dikongsikan isterinya, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi di laman Instagramnya baru-baru ini, anaknya, Muhammad Zafiq Zafrul, 5, kini sedang menjalankan rawatan selepas disahkan menghidap penyakit tersebut.
Katanya, Muhammad Zafiq memulakan rawatan kimoterapi buat pertama kali pada 22 April lalu.
BACA LAGI: Konflik Kashmir: India sekat akaun media sosial pelakon, selebriti terkenal Pakistan
BACA LAGI: Gadis hilang di Kuching dilapor selamat ditemui lebih 60km dari kawasan sekolah
Muhammad Zafiq disahkan menghidap Leukemia Limfoblastik Akut Pra-B. — Instagram
"Alhamdulillah, saya menangis sedikit sahaja. Ibu sentiasa bersama saya, ramai yang doakan saya.
"Saya harap dapat kekal kuat dan positif untuk melawan 'raksasa' jahat ini dalam darah saya.
"Tolong masukkan saya dalam doa anda setiap kali anda memikirkan saya," tulisnya.
Untuk rekod, Zandra yang juga bekas atlet boling negara itu mendirikan rumah tangga dengan Safiq Rahim 2 Februari 2014.
Pasangan itu juga dikurniakan empat putera dan dua daripadanya didiagnos sebagai kanak-kanak autistik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram