
SELEPAS tiga bulan, mayat seorang lelaki yang terperangkap dalam lubang benam besar berhampiran Tokyo, Jepun akhirnya berjaya dikeluarkan pada Jumaat.
Dalam insiden yang berlaku pada akhir Januari lalu di Yashio City, wilayah Saitama, mangsa, Masao Oki, 74, sedang memandu traknya di lokasi terbabit ketika waktu puncak awal pagi.
Bagaimanapun, jalan yang dilaluinya itu tiba-tiba runtuh sehingga menyebabkannya terperangkap.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Lubang benam tersebut yang pada awalnya memiliki kedalaman 16 meter kemudiannya membesar hingga 40 meter lebar akibat keadaan tanah tidak stabil, sekali gus menyukarkan usaha menyelamat.
Pihak berkuasa terpaksa menstabilkan kawasan itu sebelum mereka dapat memasuki saluran pembetungan tempat trak itu berada.
Ce matin, une équipe de secours a pu trouver et extraire le corps du conducteur du camion de 74 ans qui se trouvait dans une canalisation après être tombé dans le trou de Yashio à Saitama en janvier #Japon pic.twitter.com/cRptjPwaDqhttps://t.co/yZ984QBWow
— Ryo Saeba | Japon XYZ (@Ryo_Saeba_3) May 2, 2025
Selepas berbulan-bulan persiapan, termasuk mengalihkan air kumbahan dan membina laluan berbentuk cerun, pasukan penyelamat akhirnya mengeluarkan mayat Masao pada Jumaat.
"Kami menjumpai seorang lelaki di dalam kabin trak dan mengesahkan kematiannya sebelum menyerahkan kes kepada pihak polis," kata jurucakap jabatan bomba.
Dalam pada itu, seorang jurucakap polis memaklumkan siasatan sedang dijalankan untuk mengukuhkan pengesahan identiti mayat.
Menurut laporan, lubang benam tersebut berpunca daripada paip pembetungan yang rosak akibat hakisan.
Kejadian sedemikian bukan yang pertama di Jepun, kerana jumlah kejadian lubang benam semakin meningkat, dengan lebih 10,000 kes dilaporkan pada 2022.
Pada 2016, sebuah lubang benam besar muncul di Fukuoka akibat kerja pembinaan kereta api bawah tanah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram