INSIDEN lubang benam di Masjid India, Kuala Lumpur yang menggemparkan rakyat Malaysia ternyata pernah berlaku di India empat tahun lalu.
Pada 8 Oktober 2021, insiden sama berlaku melibatkan seorang wanita dan bayinya di sebuah jalan di Haryana, India.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV), kejadian yang berlaku pada pukul 10 pagi itu menyaksikan wanita terbabit menggendong bayinya yang berusia sembilan bulan sambil berjalan dan bercakap melalui panggilan telefon.
BACA LAGI: Sorok dari keluarga, pasangan kekasih dicekup sumbat mayat bayi baru lahir dalam beg di Port Dickson
BACA LAGI: [VIDEO] Along ‘berhati binatang’, bakar rumah ibu bapa peminjam yang sudah meninggal dunia di Kepong
Malangnya, dia tidak menyedari papan tanda amaran menandakan terdapat lubang besar di hadapannya.
Angkara terlalu leka dengan telefon pintarnya, wanita itu tergelincir lalu terjatuh ke dalam lubang bersama bayinya.
Situasi itu sekali gus mengejutkan orang awam sebelum bergegas membantu kedua-dua mangsa di dalam lubang tersebut.
Dalam kejadian sama, seorang lelaki bernama Lakhwinder dengan pantas melompat masuk ke dalam lubang untuk menyelamatkan ibu dan anak itu.
Dengan bantuan orang ramai, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan serius.
Mengambil iktibar atas kejadian itu, pihak berkuasa mengambil keputusan menutup lubang itu dengan objek besar bagi mengelakkan kemalangan sama berlaku. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram